Hubungan antara unit isi padu cecair adalah seperti berikut:
➤1 liter = 1 000 mililiter
➤1 ℓ = 1 000 mℓ
Untuk menukarkan unit, kita akan menggunakan kaedah seperti berikut:
Contoh 1
Tukarkan 45 mℓ kepada ℓ.
Penyelesaian:
45 mℓ = ( 45 ÷ 1000) ℓ [Alihkan 3 titik perpuluhan ke kiri]
= 0.045 ℓ [Jangan lupa tukarkan unit mℓ kepada ℓ]
Contoh 2
Tukarkan 3.8 ℓ kepada mℓ.
Penyelesaian:
3.8 ℓ = ( 3.8 x 1000) l [Alihkan 3 titik perpuluhan ke kanan]= 3800 mℓ [Jangan lupa tukarkan unit ℓ kepada mℓ]
Contoh 3
Tukarkan 16 l 5 mℓ kepada ℓ.
Penyelesaian:
16 l 5 mℓ = 16 ℓ + 5 mℓ
= (16 x 1000) mℓ + 5 mℓ [Tukarkan bahagian ℓ kepada mℓ]
= 16000 mℓ + 5 mℓ
= 16005 mℓ
Contoh 4
Tukarkan 4 ℓ 30 mℓ kepada ℓ.
Penyelesaian:
4 ℓ 30 mℓ = 4 ℓ + 30 mℓ
= 4 ℓ + (30 ÷ 1000) ℓ [Tukarkan bahagian mℓ kepada ℓ]
= 4 ℓ + 0.03 ℓ
= 4.03 ℓ
Contoh yang bagus dan boleh dijadikan sebagai latihan!
ReplyDelete