Contoh
Rajah 1 menunjukkan isi padu dua botol air mineral.
Rajah 1
Hitung jumlah isi padu, dalam ℓ, air mineral di dalam kedua-dua botol itu?
Penyelesaian:
4.5 ℓ + 1.25 ℓ = ℓ
4.5 ℓ + 1.25 ℓ = 5.75ℓ
Jawapan: Jumlah isi padu kedua-dua botol air mineral ialah 5.75ℓ.
Contoh
Rajah 2 menunjukkan sebotol jus oren yang berisi padu 6.5ℓ dan segelas gelas kaca yang boleh diisi dengan cecair sebanyak 300mℓ.
Rajah 2
Jika Rohaizat telah minum 6 gelas jus oren, berapakah isi padu, dalam mℓ, jus oren yang tinggal di dalam botol?
Penyelesaian:
6.5 ℓ - [6 x 300 mℓ] = mℓ
= (6.5 x 1000) mℓ - [6 x 300 mℓ] (Tukar unit ℓ kepada mℓ dan selesaikan bahagian darab dahulu)
= 6500 mℓ - 1800 mℓ
= 4700 mℓ
Jawapan: Isi padu jus oren yang tinggal di dalam botol ialah 4700mℓ.
No comments:
Post a Comment